Ketibaan tentera Parsi Pertempuran Thermopylae

Herodotus menyatakan (attests) bahawa berlaku perbualan pada awal ekspedisi antara Xerxes dan Demaratus, raja Spartan yang telah disingkir yang bekerja dengannya. Xerxes menanyai Demaratus samaada dia fikir orang Yunani akan melawan, kerana pada pendapat Xerxes tidak Yunani atau keseluruhan Eropah mampu menahannya kerana mereka berpecah-pecah.[24] Demaratus menjawap:[25]

Pertama, mereka tidak akan menerima syarat dari anda yang membawa perhambaan kepada Hellas; dan kedua, mereka akan bertempur dengan anda sungguhpun kesemua Yunani menyokong anda. Jangan tanya berapa ramai orang yang akan melakukannya; mereka akan berjuang menentang anda samaada mereka mempunyai tentera seribu orang, atau lebih dari itu, maupun kurang.

Xerxes tertawa mendengar jawapan ini, mendakwa bahawa "orang bebas" dalam sebarang jumlahpun tidak mampu bertahan melawan bala tenteranya yang disatukan di bawah satu pemimpin, dan ketaatan kepada satu tuan manjadikan tenteranya amat berani, atau mereka akan dipimpin kedalam pertempuran "melalui cemeti" sungguhpun melawan tentera sebesar manapun. Dia menambah bahawa "sungguhpun Yunani mempunyai jumlah yang lebih besar berbanding anggaran kita, kita masih melebihi mereka pada nisbah 100 pada 1". Dia menegaskan bahawa tenteranya mempunyai orang yang gembira melawan tiga orang Yunani serentak dan Demaratus hanya merepek.[26]Mendengarkan ini Demaratus menjawab:[27]

I akan sungguh gembira melawan dengan seseorang yang mendakwa setiap satu setanding dengan tiga orang Yunani. Begitu juga dengan Lacedaemonians; berjuang bersendirian mereka setara dengan orang paling berani, dan bersama mereka merupakan pejuang terbaik di dunia. Mereka adalah bebas, tetapi tidak bebas sepenuhnya: undang-undang adalah tuan mereka, yang mereka patuhi lebih dari orang anda patuh kepada anda. Mereka lakukan apa sahaja yang disuruhnya; dan suruhannya sentiasa sama, bahawa mereka tidak boleh lari dari pertempuran apabila berhadapan dengan apa juga jumlah musuh, tetapi hendaklah kekal pada kedudukan mereka dan menang atau mati.

Dengan ketibaan tentera Parsi di Thermopylae, tentera Yunani memulakan persidangan majlis (council meeting). Sesetengah pihak Peloponnesos mencadangkan pengunduran ke semenanjung Corinth dan menghalang laluan ke Peloponnesos. Mereka menyedari bahawa tentera Persia akan melalui Athens untuk sampai ke sana. Phocians dan Locrians, yang negara mereka berdekatan, merasa diperkecilkan, dan menasihat agar mempertahankan Thermopylae dan meminta bantuan. Leonidas dan keseluruhan Spartan bersetuju mempertahankan Thermopylae.[28]

Sementara itu, tentera Persia melalui laluan dan menghantar peninjau berkuda bagi meninjau. Orang Yunani membiarkannya menghampiri kem mereka dan memantau mereka dan pergi. Apabila peninjau melaporkan kepada Xerxes jumlah tentera Yunani dan orang-orang Spartan sedang melakukan calisthenics, mensisir rambut panjang mereka, melicinkan badan mereka dan meminyakkan badan dan tombak mereka, Xerxes mendapati lapuran itu menggelikan hati. Sekali lagi mendapatkan nasihat Demaratus, Xerxes diberitahu bahawa Spartan sedang bersiap untuk bertempur dan ia menjadi adat mereka untuk menyisir tambut apabila mereka akan mempertaruhkan nyawa mereka. Demaratus menggelar mereka "orang paling berani di Yunani" dan memberi amaran kepada Raja Agung bahawa mereka berniat untuk mengadang laluan itu. Dia menegaskan bahawa dia telah cuba memberi amaran kepada Xerxes awal kempen tersebut, tetapi Raja enggan mempercayainya. Dia menambahkan bahawa sekiranya Xerxes mampu menundukkan Spartan, "tidak akan ada sebarang negara lain di seluruh dunia yang akan mengangkat senjata mempertahankan diri mereka" (terjemahan Rawlinson).[29]

Xerxes masih tidak percaya, mendapati ia sukar dipercayai bahawa tentera sekecil itu mencabar tenteranya. Plutarch memberitahu bahawa Xerxes kemudian menghantar utusan kepada tentera Yunani. Pada mulanya, dia mengajak Leonidas untuk menyertainya dengan menawarkan menjadi raja seluruh Yunani. Leonidas menjawab: "Sekiranya anda mempunyai sebarang pengetahuan tentang perkara murni dalam kehidupan, anda akan berhenti menigini milik orang lain; tetapi bagi saya untuk mati bagi Yunani adalah lebih baik dari menjadi pemimpin tunggal kepada bangsa saya."[30]

Sungguhpun jauh lebih kecil, semangat tentera Yunani adalah tinggi. Herodotus menulis bahawa apabila Dienekes, tentera Spartan, diberitahu bahawa panah Parsi amat banyak sehingga "menutup matahari", dia menjawab dengan kenyataan berciri lakonik, "Lebih baik begitu, kita akan bertempur bawah redup."[31]

Rujukan

WikiPedia: Pertempuran Thermopylae http://www.greektexts.com/library/Herodotus/Polymn... http://www.iranchamber.com/history/articles/persia... http://humanitieslab.stanford.edu/contemporaryarch... http://www.perseus.tufts.edu/cgi-bin///ptext?doc=P... http://www.perseus.tufts.edu/cgi-bin///ptext?doc=P... http://www.perseus.tufts.edu/cgi-bin//ptext?doc=Pe... http://www.perseus.tufts.edu/cgi-bin//ptext?doc=Pe... http://www.perseus.tufts.edu/cgi-bin/ptext?doc=Per... http://www.perseus.tufts.edu/cgi-bin/ptext?doc=Per... http://www.perseus.tufts.edu/cgi-bin/ptext?doc=Per...